AGAR-AGAR DWIWARNA - Buku2 Resepi Seantero

Ahad, 15 Oktober 2017

AGAR-AGAR DWIWARNA

AGAR-AGAR DWIWARNA

Bahan-bahan:

1 biji kelapa parut
1 cawan gula
4 helai daun pandan
2/3 cawan susu sejat
1/2 camca teh vanila
1/4 camca teh garam
Pewarna

Cara-cara:

1. 1 cawan air dalam kelapa parut diperah sehingga pekat.
2. Masak agar-agar, 2 cawan air dan daun pandan. Masukkan gula, kacau sehingga semua sebati dan tapis.
3. Masukkan santan pekat, susu sejat, garam, esen vanila dan bahagikan kepada 2 bahagian.

1 bahagian- warna asli
1 bahagian- diwarnakan hijau

4. Tuangkan bahagian warna asli dalam loyang (disejukkan) sehingga keras.
5. Calarkan bahagian permukaan dengan garfu.
6. Letakkan bahagian berwarna hijau biar panas, elak dari menjadi beku  .
7. Tuangkan di atas bahagian warna asli tadi dan sejukkan.

Sedia untuk dihidangkan. Selamat menjamu selera! 😊

Susu Sejat wajib ada di setiap rumah korang! Kenapa? Sebab banyak resepi makanan dan minuman menggunakan susu sejat ni. Dari masakan utama sampailah ke pencuci mulut. Memang terbukti salah satu bahan dapur yang tak boleh diabaikan !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan