PUDING BATIK MARY
Bahan-bahan:
400g biskut Mary (potong 4)
1 buku mentega
1 1/2 cawan gula
3/4 cawan koko
1/2 cawan air
Cara-cara:
1. Masak mentega, gula, koko dan air di atas dapur.
2. Masukkan biskut Mary dan kacau sehingga rata.
3. Tuangkan ke dalam loyang dan ditekankan sedikit sehingga padat.
4. Biarkan sehingga sejuk.
Sedia untuk dihidangkan. Selamat menjamu selera! 😊
Psstt.. psstt.. Nak tau tak macam mana nak buat Kek Batik yang sedap?? Ni haa.. nak sedap kenalah guna Biskut Marie ni ! Plus, harganya yang murah saaangatlah sesuai kalau nak buat banyak-banyak untuk jamu orang makan. Boleh jadi ladang pahala ! Dengan berbekalkan modal hanya bawah RM 20, maka terhasilah Kek Batik kegemaran ramai ini !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan