PUDING COKLAT DAN APRIKOT
Bahan-bahan untuk puding coklat putih:
10 biji kuning telur
1/3 cawan gula halus
2 sudu besar Tepung Bird's Custard
4 cawan susu cair dibiar mendidih
200g coklat putih
1/3 cawan mentega sejuk didadu
Cara-cara:
1. Pukul kuning telur, gula dan tepung kastard.
2. Perlahan-lahan, masukkan susu panas, kacau dan masukkan semula ke dalam periuk dan biar mendidih 1 minit.
3. Tuang ke dalam mangkuk, masukkan coklat putih serta mentega. Kacau sampai sebati, Sejukkan.
Bahan-bahan untuk dark coklat cream:
1 cawan krim putar
10 sudu besar sirap jagung
200g semi sweet coklat dicincang halus
Cara-cara:
1. Di dalam periuk, biarkan krim dan sirap jagung mendidih dan masukkan coklat. Kacau sampai sebati dan sejukkan.
Bahan-bahan untuk hiasan:
Sebiji kek pound
2 tin buah aprikot
15 biji strawberry
Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk besar, lapiskan kek pound diikuti oleh satu lapisan puding coklat putih, buah aprikot dan puding coklat. Lakukan proses yang sama sebanyak tiga lapisan diakhiri dengan buah strawberry.
Sedia untuk dinikmati! 😊
Isnin, 23 Oktober 2017
PUDING COKLAT DAN APRIKOT
Tags
# dessert
# pencuci mulut
# pudding
# puding
# resepi
Share This
About Buku2 Resepi
resepi
Labels:
dessert,
pencuci mulut,
pudding,
puding,
resepi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan