PUDING BERAS BERSIRA - Buku2 Resepi Seantero

Isnin, 23 Oktober 2017

PUDING BERAS BERSIRA

PUDING BERAS BERSIRA

Bahan puding:

300g tepung beras
300ml santan pekat
300ml santan cair
50g gula pasir
2 helai daun pandan
Secubit garam

Bahan air gula:

250g gula melaka
300ml air
75g gula pasir

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan puding dan kacau sehingga sebati.
2. Masak campuran di atas api yang sederhana sehingga pekat.Kacau selalu supaya tidak hangus dan bergentel.
3. Tuang puding ke dalam acuan dan sejukkan.
4. Masak bahan air gula hingga larut.
5. Bila menghidang tuangkan sirap gula ke dalam bekas yang berisi puding tadi. Hias dengan ceri merah.

Sedia untuk dihidangkan. Selamat menjamu selera! 😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan