PUDING RAMADAN
20g agar-agar
7 cawan air
250g gula
4 biji telur putih
4 sb tepung jagung
1 cawan susu cair
Pewarna merah
Cara-cara:
1. Masak agar-agar bersama air hingga larut.
2. Masukkan gula dan kacau hingga larut.
3. Putar putih telur hingga separuh kembang, ketepikan.
4. Bancuh tepung jagung bersama susu cair, tuang ke dalam bancuhan agar-agar. Apabila mendidih dan pekat, tutup api.
5.Masukkan putih telur, kacau hingga sebati dan tuang adunan ke dalam acuan. Titiskan pewarna merah. Lorekkan.
Bahan Kuah:
2 cawan susu cair
2 biji telur kuning
2 sb gula
1 1/2 sb tepung kastard
1/4 st vanilla
Cara-cara:
1. Bancuh sebahagian susu bersama kuning telur, gula, tepung kastard dan esen vanilla ke dalam mangkuk. Tuangkan adunan ke dalam baki susu sambil dikacau sebati.
2. Kacau bancuhan tadi di atas api perlahan hingga pekat. Jangan biar ia menggelegak.
3. Angkat kuah dan hidangkan bersama puding.
Sedia untuk dinikmati! 😊
Sedia untuk dinikmati! 😊
Korang mesti suka kalau dapat hidangkan makanan dalam Pinggan Kaca yang cantik ni! Design dia simple tapi elegan, nampak mewah je. Sesuai sangat untuk plating dessert, confirm tak jemu mata yang memandang. Nak hidang kek, kuih, atau puding, semua jadi lagi special dalam pinggan kaca ni. Kalau nak pikat hati insan tersayang, kenalah sajikan hidangan yang cantik dan menyelerakan! Betul tak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan