KERABU JANTUNG PISANG - Buku2 Resepi Seantero

Jumaat, 8 November 2024

KERABU JANTUNG PISANG

 KERABU JANTUNG PISANG


Bahan-bahan:

8-10 biji cili padi
30g ikan bilis
1 biji jantung pisang (dicelur dan dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1 kuntum bunga kantan (dihiris)
2 biji limau nipis (diperah jus)
Garam
Gula

Cara-cara:

1. Tumbuk cili padi dan ikan bilis separuh lumat. Masukkan garam.
2. Masukkan jantung pisang dan tumbuk lagi sehingga separuh hancur.
3. Gaul bahan tumbuk dengan bawang besar dan bunga kantan.
4. Tambah jus limau dan gula secukup rasa.

Sedia untuk dihidang! 😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan