KENTANG SAMPAN KOLEK
3 biji kentang (direbus sehingga empuk)
100ml susu sejat
80g daging kisar
1 biji cili merah (dipotong dadu)
2 ulas bawang merah (dikisar)
Daun parsli (sebagai hiasan)
Garam
Serbuk lada sulah
Minyak untuk memasak
Cara-cara:
1. Ubi kentang yang telah direbus dibelah dua dan dikorek isinya sahaja (menyerupai sampan).
2. Kisar isi ubi kentang bersama susu sejat. Ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah. Masukkan cili merah, garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.

4. Masukkan daging kisar dan biar sehingga masak.
5. Campurkan daging kisar yang telah dimasak ke dalam isi ubi kentang kisar dan gaul rata.
6. Kemudian, padatkan campuran ini ke dalam sampan ubi kentang tadi.
7. Taburkan daun parsli dan lebihan cili merah dadu di atasnya.
Sedia untuk dinikmati! 😊
Sedia untuk dinikmati! 😊
Tiada ulasan:
Catat Ulasan