KERABU AIR ASAM - Buku2 Resepi Seantero

Isnin, 4 November 2024

KERABU AIR ASAM

 KERABU AIR ASAM

Bahan-bahan:

300g daging
1sk asam jawa (dicampur dengan 50ml air)
2sb kicap manis
30g ulam raja (dihiris)
4 biji bawang merah (dihiris)
Garam
Gula

Bahan tumbuk:

3 biji cilir merah
5-6 biji cili padi
2cm belacan (dibakar)

Cara-cara:

1. Rebus daging sehingga empuk, biar sejuk dan dicarik-carikkan.
2. Tumbuk bahan tumbuk hingga lumat.
3. Gaul bahan tumbuk dengan air asam jawa, kicap manis, garam dan gula.
4. Masukkan daging, ulam raja dan bawang merah. Kacau sebati.

Sedia untuk dihidang! 😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan