KERABU PEGAGA KELAPA
Bahan-bahan:
300g perut lembu (direbus & dipotong)
120g kelapa parut (bahagian putih sahaja)
30g daun pegaga (dihiris)
2 biji limau nipis (diperah jusnya)
Garam
Gula
Bahan tumbuk:
10-12 biji cili padi
5 biji bawang merah
1cm kunyit
1 batang serai
Cara-cara:
1. Tumbuk bahan tumbuk separuh lumat.
2. Masukkan kelapa parut dan tumbuk lagi sehingga hancur.
3. Satukan jus limau, garam dan gula.
4. Gaul sebati dengan bahan tumbuk, pegaga dan perut.
Sedia untuk dihidang! 😊
Tiada ulasan:
Catat Ulasan