KERABU IKAN BUNGA KANTAN - Buku2 Resepi Seantero

Jumaat, 8 November 2024

KERABU IKAN BUNGA KANTAN

KERABU IKAN BUNGA KANTAN

Bahan-bahan:

2 keping isi ikan tenggiri (dibuang tulang)
2 biji cili merah
4-5 biji cili padi
1 batang bunga kantan
40g daun ketumbar
1 labu bawang besar
1 biji tomato (didadu)
1/3 cawan sos cili Thai
1-2 sk jus limau nipis
1 sk serbuk kunyit
Garam
Gula

Cara-cara:

1. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng ikan sehingga keemasan.
2. Hiris halus cili merah, cili padi, bunga kantan, daun ketumbar dan bawang besar.
3. Gaul bahan hiris dengan tomato dan isi ikan.
4. Campurkan dengan sos cili, jus limau nipis, garam dan gula secukupnya.

Sedia untuk dihidang! 😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan