KERABU NENAS LADA HITAM - Buku2 Resepi Seantero

Jumaat, 8 November 2024

KERABU NENAS LADA HITAM

KERABU NENAS LADA HITAM

Bahan-bahan:

Ikan tenggiri (dibuang tulang dan direbus dengan garam)
1/2 nenas masak
1 biji timun
1 biji tomato (dibuang empulur)
1/2 labu bawang besar
1-2 sb jus limau nipis
1 sk serbuk lada hitam
Garam
Gula

Cara-cara:

1. Ambil isi ikan tenggiri rebus dan tumbuk lumat.
2. Hiris halus nenas, timun, tomato dan bawang besar.
3. Gaul bahan hiris dengan isi ikan.
4. Perasakan dengan jus limau nipis, serbuk lada hitam, garam dan gula secukupnya.

Sedia untuk dihidang! 😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan