KERABU PECAL - Buku2 Resepi Seantero

Jumaat, 8 November 2024

KERABU PECAL

KERABU PECAL

Bahan-bahan:

6 biji telur
200g kubis (dihiris halus)
100g pucuk ubi (dicelur dan dipotong)
Serbuk lada hitam
Garam
Gula

Bahan kuah:

2 sb minyak
10-15 tangkai cili kering (digunting)
4 ulas bawang merah (dipotong)
90g kacang tanah (digoreng dan dikisar)
200ml air panas
2sb petis udang

Cara-cara:

1. Pukul telur dengan garam dan serbuk lada hitam. Goreng dadar sebanyak 6 keping. Gulung telur dadar dan dihiris halus.

Untuk kuah :

2. Goreng cili kering dan bawang merah sehingga wangi. Angkat.
3. Kisar cili dengan kacang tanah sehingga lumat. Tambah air panas, petis udang, garam dan gula secukupnya. Kacau rata.
4. Satukan semua bahan dan gaul rata.

Sedia untuk dihidang! 😊


Tiada ulasan:

Catat Ulasan