KERABU TAUGE - Buku2 Resepi Seantero

Jumaat, 8 November 2024

KERABU TAUGE

 KERABU TAUGE


Bahan-bahan:

2 cawan tauge (dibuang ekor)
5 batang kacang botor
3 biji bawang merah
4-5 biji cili padi
1cm belacan direndam
1 biji cili merah
1-2 sb jus limau nipis
2 sb kerisik
1 cawan isi kerang rebus
Garam
Gula

Cara-cara:

1. Celur tauge selama 10 saat dan toskan.
2. Hiris halus kacang botor, cili padi dan bawang merah.
3. Tumbuk belacan dan cili merah hingga lumat.
4. Gaulkan bahan tumbuk, bahan hiris dengan kerisik, jus limau nipis, kerang rebus dan tauge.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Sedia untuk dihidang! 😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan