PISANG GULA MELAKA - Buku2 Resepi Seantero

Isnin, 4 November 2024

PISANG GULA MELAKA

 PISANG GULA MELAKA


Bahan A:

1 biji telur
220ml air sejuk
30ml susu sejat
120g tepung serbaguna
Secubit garam
8-10 biji pisang nangka / pisang raja

Bahan B:

100g gula melaka
40ml air

Bahan C:

100ml susu sejat
1sb gula kastor
1sb tepung jagung
1/2 sk esen pandan
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan A (kecuali pisang) dan biarkan sejuk.
2. Panaskan minyak, celupkan pisang ke dalam bahan A dan goreng garing. Toskan.
3. Cairkan bahan B dan sejukkan.
4. Campur semua bahan C dan didihkan hingga pekat. Kacau selalu.

Sedia untuk dihidang! 😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan