UDANG CELUP TEPUNG
Bahan-bahan:
300g udang besar
100ml susu sejat
2 ulas bawang merah (dikisar halus)
1 ulas bawang putih (dikisar halus)
1sb serbuk kunyit
1sk serbuk cili
100g kelapa parut (bahagian putih sahaja)
Putih telur
Tepung jagung
Garam
Serbuk lada sulah
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
1. Perap udang bersama susu sejat, bahan kisar, serbuk kunyit dan serbuk cili. Biar selama 30 minit.
2. Golekkan udang ke dalam putih telur, kemudian tepung jagung, putih telur sekali lagi dan akhir sekali barulah disalut dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah.
3. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga berwarna keemasan.
Sedia untuk dihidang! 😊

Tiada ulasan:
Catat Ulasan